Thursday, February 11, 2010

Maksiatillah....


Baru-baru ni, penulis ada mengikuti satu talk..tapi sekejap ja duduk dalam majlis ilmu tu sebab ada kelas sebelum tu. Dalam talk tu, penulis diberi satu artikel yang bertajuk, ’Buat sahabatku..Penghafal al-Quran’. Penulis tertarik satu perenggan ayat ni,


”Imam syafie Rahimullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ rahimullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya suatu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA MAKSIAT dan MEMBERSIHKAN HATINYA dari semua perkara yang dari tuhannya”.


Maksiat??? Bila sebut maksiat, mesti terlintas dalam fikiran kita kes zina dan khalwat. Kalau begitu pemikiran kita yang berlatar belakang agama, insyaAllah kita akan mengelakkan melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi agama. Tapi tidak terfikirkah kita, maksiat ni tersangat luas skopnya dan kita sering meremehkan hal ini. Penulis pernah tanya seorang sahabat, apakah maksud maksiat? Kerana dunia sekarang makin canggih dan macam2 perkara yang kita lakukan tanpa kita sedar yang kita sedang melakukan maksiat kepada Allah. Bak kata orang, duduk seorang pun boleh melakukan maksiat, apatah lagi ditengah kekalutan orang ramai dan budaya.


Sebenarnya maksiat atau derhaka dalam Islam ialah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan melanggar perintahNya. Apakah perbuatan melanggar perintah Allah? Allah perintahkan solat, jika kita tidak melakukan solat bererti kita telah melanggar perintahnya. Itulah maksiat. Begitu juga Allah perintahkan puasa, jika kita tidak mahu berpuasa, kita telah melakukan maksiat. Allah juga menyuruh kita mengeluarkan zakat, jika kita tidak mahu mengeluarkannya bererti kita telah melakukan maksiat.


Akibat melakukan maksiat.

Ada beberapa akibat melakukan maksiat menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah antaranya,

Maksiat membuat kita jauh dari Allah.

Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, “Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu. Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa.”

Maksiat memalingkan perhatian Allah atas diri kita

Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan setan. Allah berfirman, “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Hasyir: 19)

Maksiat menghalang diri kita dari sikap istiqamah.

Kita hidup di dunia ini sebenarnya bagaikan seorang pedagang. Dan pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga tinggi. Sahabatkuku, siapakah yang sanggup membeli diri kita dengan harga tinggi selain Allah? Allah-lah yang mampu membeli diri kita dengan bayaran kehidupan syurga yang abadi. Jika seseorang menjual dirinya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, sungguh ia telah tertipu!

Banyak lagi kesan melakukan maksiat antaranya, Maksiat akan menghalangi diri kita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, Maksiat menghalangi kita untuk taat, Maksiat mematikan bisikan hati nurani, dan Maksiat melenyapkan rasa malu.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina dina ini, peringatan juga untuk sahabat-sahabat yang dikasihi. Semoga Allah menjaga kita semua dari perbuatan maksiat dan mengampunkan dosa-dosa kita. Ameen.


“Apabila seorang hamba itu melakukan dosa, maka akan ada satu titik hitam di dalam hatinya. Apabila dirinya meninggalkan dosa itu, beristigfar dan bertaubat, maka hatinya akan dibersihkan kembali. Jika dia kembali melakukan dosa, akan ada titik hitam dalam hatinya. Sehinggalah titik hitam itu meliputi seluruh hatinya”

( HR Imam Al-Tirmizi).

wallahu a’lam.

1 comment:

  1. hhuhuhuhu...penah merasa terkadang hati ini.....penuh ngan dosa......sangat berdosa...susah sangat ka...nak istiqamah dalam kebaikkan?????(tertanya?????)

    ReplyDelete