Thursday, December 16, 2010

paham cikgu!!!!

assalamualaikum...

kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan
sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk
menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si
guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya
begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka
berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam
ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya
pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-
gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian sang guru kembali
berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya
angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika
saya angkat pemadam, maka
katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-
murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar
untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka
sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang
beberapa saat, permainan berhenti. Si guru
tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak,
begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu
haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas
membedakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita
memaksakan kepada kita lewat berbagai cara,
untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi
bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin
akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi
karena terus disosialisasikan dengan cara-cara
menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian
terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-
musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan
menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan,
berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi
menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah
menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini
menjadi suatu gaya hidup dan lain
lain.""Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada
murid-
muridnya. "Paham cikgu...""

sama2 kita ambil manfaat. wAllahua'lam...

Sunday, December 5, 2010

salam maal hijrah 1432H

salam maal hijrah untuk semua.semoga kedatangan tahun baru islam 1432H lebih bermakna untuk sahabat2.hidup di dunia ni hanya untuk mendapat redha Allah. ikhlaskan hati, kuatkan azam untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.sama2 kita berubah ke arah kebaikan. fastabiqul khairat=)

Thursday, October 7, 2010

IIUM KUANTAN OPEN DAY 2010 (IKOD)







Jemput hadir beramai-ramai memeriahkan IKOD '10...

Friday, July 30, 2010

..::: Pesanan As-Syahid Hassan Al-Banna :::.




Saudaraku, Janganlah engkau mudah berputus asa, kerana sifat itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat kita untuk menwujudkan kedamaian masih lagi tertanam dalam jiwa masyarakat kita. Meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.Bangkitlah dari lenamu wahai pemuda-pemudi pilihan Allah!

“Sesungguhnya medan perkataaan tidak sama dengan medan khayalan, medan ‘amal tidak sama dengan medan perkataan, medan jihad tidak sama dengan medan ‘amal, dan medan jihad yang haq tidak sama dengan medan jihad yang songsang.”

Sunday, July 11, 2010


Assalamualaikum…

Alhamdulillah..semester baru sesi 2010/2011 telah bermula setelah cuti panjang.Bila start sem baru, semangat pun berkobar2 sebab dah jadi senior..ehehe. penulis berharap sem baru membawa pengertian yang baru buat penulis. Ingin berubah menjadi yang lebih baik, yakin pada kemampuan diri sendiri, berani, dan peramah sikit=) sem baru juga bermakna tanggungjawab diri semakin bertambah pada…..fikir2kan.

Berbalik kepada cuti panjang yang lalu, banyak perkara yang penulis lalui…ada yang menyentak hati sampai mengalir air mata dek dipendam terlalu lama di dalam hati… ya, kita sebagai manusia biasa tak lari dari kesilapan, di kala itu teguran amat penting bagi menyedarkan diri. TETAPI adat menegur perlu di jaga supaya tak terlalu melampau sehingga tak boleh diterima oleh seseorang.. menegur mesti dengan cara berhikmah… apapun penulis sangat bersyukur disebalik apa yang terjadi walaupun terasa di hati tapi kita ‘twist’ kan dia sebagai sesuatu yang positif . menjadi kebiasaan apabila seorang daie ingin melakukan kebaikan, pasti ada orang yang memandang pelik, macam kebaikan itu sesuatu yang asing. Tapi ingatlah wahai daie, laut mana yang tak bergelora,ada pasang surutnya… menjadi penyambung rantain perjuangan Rasulullah, sudah cukup bernilai dalam hidup kita.

Hmm..membebel pulak..


Ok..penulis mengucapkan selamat belajar kembali dengan azam baru kepada semua sahabat yang baru memulakan sesi pengajian. Hidup di alam kampus ni bukan semata-mata mengadap buku saja, ada perkara lain yang perlu kita cakna..terutamanya isu ummah…

Wednesday, June 23, 2010

MESTI BACA!!!

Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Di ketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.

DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakah itu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.

Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.

Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.

Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.

Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik danpublic figure atau artis (khususnya di facebook).

Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.

Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :

  • ketika sedang minum arak,
  • hadiri parti penuh maksiat,
  • hadiri majlis dosa,
  • sedang berpelukan lelaki wanita
  • atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
  • dan sebagainya,

Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT

Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.

Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama,malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN.Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]

Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan.

Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Di dalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول : أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأى في نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم

Ertinya : Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)

Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.

KESIMPULAN

Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Jun 2010

Tuesday, June 22, 2010

"Walimahtul urus"

Assalamualaikum...
apa khabar sahabat2?? harap dalam nikmat kesihatan yang baik.ameen.
musim cuti sekolah baru berakhir, maka musim kenduri juga makin berakhir..
memang menjadi tradisi cuti sekolah ja, ramai orang akan mengambil kesempatan ni untuk mengadakan walimahtul urus atau majlis raja sehari..
tahniah kepada sahabat2 terutamanya kak norma dan kak sufi yang baru mendirikan rumah tangga, semoga berkekalan di dunia dan di akhirat sana, menjadi keluarga sakinah, mawaddah, dan rahmah.ameen.


kak sufi dan suami.


kak norma dan suami.


eh ni sape ea, cam kenal....


mari sama2 kita amalkan doa ni, semoga mendapat keberkatan kelak.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Wahai Robb kami, karuniakanlah pada kami dan keturunan kami serta istri-istri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa (QS. Al Furqon:74)


renung2kan, selamat beramal!!!

Thursday, April 8, 2010

cuti yang panjang...


Salam a’laik…
Yuhuuuu..cuti dah bermula, start 9hb/4 hingga awal bulan 7..

Best rasanya…nak balik kampong..

Huhu...Lambat sikit balik rumah, ikut program dulu...

Tapi dalam kegembiraan terselit rasa kerisauan di benak hati penulis...

Cuti yang agak lama, membimbangkan diri hanyut dengan benda yang sia2.

Klu kt uia kuantan, tmpat penulis study, memang agak terjaga waktu kita..

insyaAllah dengan perkara yang berfaedah..sibuk dgn persatuan, kerja2 amal...
kwan2 yang sering mengingatkan amaln kita..

hmmm..bak kata orang hanya orang sibuk saja pandai mengurus masa..=)

Dalam kepala ni asyik memikir apa yang perlu di buat sepanjang cuti ni, ye la selalunya orang akan kata duk rumah berbakti kepada ibubapa, sebabnya banyak masa kita di habiskan kt U. Masa ni yang sesuai tuk luangkan masa membalas jasa mereka setakat kemampuan kita. Erm..btul2. penulis setuju dgn pendapat ni, memang menjadi t’jwab kita menolong dan menjaga mereka. Moga kita tergolong dalam anak yang soleh/solehah.

Tapi, masih ada banyak masa lagi yang terluang...ada yang bg cdgn suruh cari keja, tmbah pengalaman..hmmm dipertimbangkan.. cm ne klu cuti ni kita manfaatkan dengan menambah ilmu agama...spt fardu ain, ilmu fiqh, tasawur..ilmu2 yang makin kurang diminati oleh golongan belia sekarang.. penulis dapat rasakan betapa pentingnya ilmu2 ni, sebabnya ia berkaitan rapat dengan kehidupan harian kita... moga Allah permudahkan urusan menuntut ilmu..
Klu sahabat2 yang ada cdgn tuk memenuhi masa cuti ni, bleh lah kongsi bersama.. sekadar cetusan idea..


P/s: huhu..maybe selepas ni penulis agak lama mendiamkan diri.. kerana internet xda kat rumah.. xberhasrat lagi nak beli broadband..ada sapa2 nak sponsor?=)

Saturday, April 3, 2010

One more to go....


Assalamualaikum…

Huuhh..bersawang blog ni..gara2 musim exam.(ye ke?).huhuu.. sekarang ni adalah fatrah exam penulis..bermula dari 24hb 3 sehingga 6hb 4.. Alhamdulillah, dah lepas 6 papers, insyaAllah one more paper to go.. ‘Nutrition in life cycle’.. macam-macam perasaan yang muncul bila dalam musim exam. Serabut semacam ja. Banyak nota tak baca lagi, bila dah jawab exam tak yakin pulak dengan jawapan, tak ingat la apa yang di baca, rasa confius dengan soalan,..macam2 masalah timbul.


Pernah tak rasa, kita dah habis baca semua nota atau yakin akan dapat jawab soalan, tapi tiba2 time exam, lupa apa yang di baca… kadang2 apa yang difokus, tak keluar exam, tapi keluar soalan yang tak disangka..waktu tu rasa nak menjerit ja dalam exam hall 2 (isk2 jgn buat)..huhu.. ni lah antara perasaan penulis sepanjang final exam.. kadang2 ok, kadang tak.. TAPI dalam keadaan emosi tak berapa nak stabil, perasan tak, bila musim exam je, rasa diri kita akan lebih dekat dengan Allah? Rasa pergantungan diri terhadap Allah lebih tinggi daripada masa2 lain.. selalunya lepas jawab paper, mesti kita akan kata, Ya Allah, aku tawakal padaMu.. hmm..persoalannya, adakah kita tawakal dengan menyebut di bibir semata2..tapi di dalam hati still rasa ragu2 dengan paper yang kita jawab semasa exam..timbullah persoalan adakah aku boleh score paper ni? Kenapa tak ingat jawapan? Allah tak tolong ke? Penulis ada bertanya seorang sahabat, macam mana kita nak menghayati betul2 konsep tawakal pada Allah? Dia jawab, lepas jawab paper, kita serahkan bulat2 kepada Allah (tapi perlu usaha dan ikhtiar dulu)..tak perlu fikir kemungkinan yang akan berlaku. Allah yang berkuasa menguasai hati manusia, Dia yang membolak-balik kan hati kita, tak mustahil Dia yang akan mengawal hati pemeriksa paper kita.


Allah berfirman, “Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath thalaaq,2-3)


Oleh itu, ingatlah sahabat, walaupun kita baca banyak mana pun nota, tapi sekiranya Allah mentakdirkan yang kita tak ingat ketika exam, redhalah..mesti ada hikmah tertentu yang Allah nak bagi kat kita. Jangan mengeluh, jangan sedih..Allah sayang setiap hambaNya. Kepada sahabat2, yang bakal menghadapi exam, bitauffiq wan najah!!=)

Friday, March 5, 2010

Izinkan aku menjadi suaramu...

Salam a'laik.
penulis dapat cerita ni melalui email. copy paste 100%. hayatilah kisah ni..ambilkan pedoman. hargailah apa yang kita ada dan banyak2kan bersyukur pada-Nya atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....


cerita bermula.....

Malam itu, sungai Nil menjadi saksi cinta Farhan dan Balqis. Perasaan cinta Farhan tak dapat dibendung lagi. Esok mereka akan pulang ke tanah air masing-masing sebagai graduan Universiti Al-Azhar dan Farhan tak mahu kehilangan peluang keemasan itu. Dia menyatakan hasratnya untuk masuk meminang Balqis sejurus selepas balik dari bumi mesir ini. Senyuman Balqis cukup untuk Farhan sebagai jawapan dan mahar kepada tepak sirih yang bakal dihantar pihak lelaki nanti. Bagi Balqis, dia juga tidak mahu jika satu hari nanti dia dijodohkan dengan orang yang tidak sefikrah dengannya. Perjuangan dalam jemaah Islam disana tampak hebat sebagai pembantu utama Farhan selaku ketua.



Entah mengapa malam itu terasa singkat sekali, fajar sidiq mula menampakkan diri dan selesai solat subuh, mereka berangkat pulang. Kelihatan beberapa mahasiswa dan mahasiswi merenung keluar dari kapal terbang bagi melihat kali terakhir bumi yang banyak mengajar mereka menyintai Allah.




*** *** ***


Kenapa perlu ada pertemuan jika perlu ada perpisahan. Kerana perpisahan mengajar kita erti rindu, mengajar kita untuk menghargai seseorang dan perpisahan menambahkan lagi rasa sayang sesame manusia. Sudah hampir sembilan bulan mereka diikat dengan tali pertunangan. Farhan mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
keperingkat master di Jordan. Manakala Balqis pula sedang berusaha menyiapkan diploma perguruannya di UPSI. Kerinduan yang melanda sejak lima bulan berlalu hanya terubat dengan surat yang diterima saban bulan. Dalam surat yang saban bulan dikirimkan mereka, tak putus-putus mereka menyatakan rasa cinta mereka dan rasa rindu yang sering menyelimuti malam hari. Mereka juga saling memperingatkan bahawa tiada yang lebih layak dicintai selain Allah dan RasulNya..




Bulan November menyaksikan bulan yang paling dramatis buat mereka. Balqis diserang demam panas yang melampau. Hampir seminggu dia telantar dihospital. Akibat dari demam panas yang berlarutan, dia diuji dengan kehilangan nikmat bercakap. Balqis disahkan bisu.. Air matanya sering mengalir mengenangkan nasibnya dan nasib cintanya. Atas rasa tanggungjawab, balqis menyuruh kedua orang tuanya memutuskan tali pertunangannya dengan Farhan. Memang berat untuk dia merelakan teman sehebat Farhan dalam hidupnya, namun dia terpaksa demi kebaikan Farhan. Balqis malu, dan dia akhirnya membawa diri ke daerah luar Bandar. Setelah hampir setahun belajar bahasa isyarat, dia memulakan kehidupan barunya sebagai guru kafa bagi kanak-kanak bisu dan pekak. Baginya ilmu agama ini perlu disampaikan walau dengan apa cara sekalipun. Lama-kelamaan di merasa bahawa mungkin inilah hikmahnya dia dicabut nikmat untuk bertutur.





Farhan pula hampir tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya melalui telefon, namunsetelah menerima warkah terakhir dari Balqis dia akhirnya akur. Tak sempat dia menjelaskan segala-galanya pada Balqis apabila dia gagal untuk menjejaki kedudukan Balqis sekarang.




*** *** ***



Kehidupan Balqis bertambah baik saban bulan. Namun dia gagal menyembunyikan rasa rindunya terhadap insan yang selalu ada didalam hatinya. Di setiap solat, dia berdoa agar dia akhirnya dapat mengatasi masaalah itu. Dia tahu dirinya tidak layak lagi untuk dicintai. Hari ini sudah genap dua tahun dari sejak keberangkatan Farhan ke Jordan. Mungkin Farhan sudah bergelar pensyarah di salah sebuah IPTA sekitar Malaysia ini. Gumam hati Balqis. Itulah cita-cita Farhan selama ini dan menjadi harapan Balqis seketika dahulu. Dia baru saja selesai solat dhuha, kawan serumahnya yang juga kawannya semasa di mesir lagi bergegas masuk kedalam rumah. Dia membawa sampul surat bewarna merah. Wangi baunya. Seakan-akan kad jemputan kahwin.



“Dari Farhan.” Mata Balqis membulat dan mula menakung air.



Hatinya dipujuk agar menerima takdir tuhan. Dia pasrah dengan keputusan Farhan. Dia juga merelakan perkahwinan itu. Dia tahu, Farhan layak untuk menyintai dan dicintai. Perlahan dia membuka sampul surat itu. Hatinya sekali lagi terasa ditampar apabila dia terlihat tulisan “Farhan & Balqis” pada pangkal kad jemputan kahwin tersebut.


Belum sempat dia melakukan apa-apa, dedaun pintu rumahnya dikuak. Buat kali pertama dalam dua tahun ini Balqis dapat menatap wajah tampan Farhan. Dalam bahasa isyarat Farhan berkata. “Kita tidak perlu seseorang yang sempurna untuk menjadi teman hidup, tapi kita perlu seorang teman yang buat yang membuatkan kita rasa sempurna apabila kita bersamanya. Hampir setahun lamanya saya belajar bahasa ini hanya untuk menyatakan, izinkan aku menjadi suaramu.” Airmata Balqis masih mengalir namun bibirnya sudah mula mengukir senyuman dan hatinya sedar akan cinta yang Allah cipta untuk hambanya terlalu agung.





Hargai setiap apa yang kita miliki agar kita tidak menangisi atas kehilangannya

Thursday, March 4, 2010

PESANAN TERAKHIR dari SAYYID QUTB


Saudara!

Seandainya kau tangisi kematianku

Dan kau siram pusaraku dengan air matamu

Maka di atas tulang-tulangku

Yang hancur luluh

Nyalakanlah obor buat umat ini

Dan..

Teruskan perjalanan ke gerbang jaya


Saudara!

Kematianku adalah suatu perjalanan

Mendapatkan kekasih yang sedang merindu

Taman-taman syurga tuhanku bangga menerimaku

Burung-burungnya berkicau riang menyambutku

Bahagiakanlah hidupku di alam abadi


Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur

Dan alam ini akan disinari fajar lagi

Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya


Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun disana fajar sedang memancar



(ditulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID)

Thursday, February 18, 2010

Perindu Pelangi


Salam alaik..
Di sini penulis nak tolong promote jugak karya sulong sahabat penulis, Siti Munirah Bt Abd Rashid yang bertajuk ‘PERINDU PELANGI tebitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.. boleh dapatkan buku ni kt PESTA BUKU ANTARABANGSA nnt…InsyaAllah bermanfaat..=)

Monday, February 15, 2010

salam muhasabah...


“Ya Allah, dengan ilmu-Mu yang bila Engkau ketahui bahawa kehidupan lebih baik bagiku. Dan matikanlah aku jika kematian leih baik bagiku. Aku meminta-Mu supaya jadikan aku selalu takut pada-Mu sama ada ketika aku bersendirian ataupun dalam keramaian. Aku memohon-Mu ucapan yang benar sama ada ketika marah ataupun tidak. Aku meminta pada-Mu agar aku dapat berhemah ketika aku kaya atau miskin. Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan yang tiada henti, biji mata yang tiada terputus, dan keredhaan setelah ketetapan. Ya Allah, berilah aku kehidupan yang damai setelah mati, kelazatan apabila memandang wajah-Mu, dan kerinduan berjumpa dengan-Mu, bukan dalam kesempitan yang membinasakan, dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah aku dengan hiasan iman dan jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk yang mendapat petunjuk.”

(hadis oleh Nasa’i)