Thursday, February 11, 2010

khas buat qamar muneera


Sahabat,

Rindunya hati ini ingin bertemu mu,

Menatap wajah tulus suci yang lahir dari jiwamu,

Melambangkan indahnya akhlakmu,

Mendengar celoteh dan nasihat yang tak henti-henti,

Terkumat-kamit keluar dari bibirmu.


Sahabat,

Kini kau jauh di mata,

Mengorak langkah menggapai cita-cita,

Kadang-kadang aku tertanya,

Bilakah titik pertemuan kita??

Sehingga masa terlalu mencemburui persahabatan kita,

Tanpa kita sedar saat perpisahan datang tiba-tiba.



Sahabat,

Banyak ilmu yang kau curahkan kepadaku,

Tiap gerak-geri dan tutur katamu,

Menambat dan menyentuh hatiku,

Aku rindu saat manis berjuang bersamamu,

Berkongsi cerita, pendapat,suka duka, tawa gembira,

Bermain-main dalam khayalan minda,

Aku tak kan lupa kenangan kita.


Sahabat,

Ketika kau bersenda gurau,

Membisikkan kata perpisahan,

Tersentap hatiku,

Mengalir air mata ini tanpa sempat diseka,

Kini aku hanya mampu titipkan sekudus doa,

Semoga kau bahagia walau di mana jua,

Aku benar-benar terasa kehilanganmu,

Engkaulah sahabatku dunia akhirat,

Biarlah bertemu dan berpisah kita kerana-Nya..



Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami keranaMu,

Kurniakanlah juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka

dalam mencari keredhaanMu dan bantulah kami untuk bersama mentaatiMu.



p/s: salam rindu yang teramat rindu buat sahabatku siti munirah bt abd rasyid.

Moga ukhwah yang terjalin sentiasa dalam peliharaan Allah.....ameen ya Rabb

No comments:

Post a Comment