Thursday, February 18, 2010

Perindu Pelangi


Salam alaik..
Di sini penulis nak tolong promote jugak karya sulong sahabat penulis, Siti Munirah Bt Abd Rashid yang bertajuk ‘PERINDU PELANGI tebitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.. boleh dapatkan buku ni kt PESTA BUKU ANTARABANGSA nnt…InsyaAllah bermanfaat..=)

Monday, February 15, 2010

salam muhasabah...


“Ya Allah, dengan ilmu-Mu yang bila Engkau ketahui bahawa kehidupan lebih baik bagiku. Dan matikanlah aku jika kematian leih baik bagiku. Aku meminta-Mu supaya jadikan aku selalu takut pada-Mu sama ada ketika aku bersendirian ataupun dalam keramaian. Aku memohon-Mu ucapan yang benar sama ada ketika marah ataupun tidak. Aku meminta pada-Mu agar aku dapat berhemah ketika aku kaya atau miskin. Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan yang tiada henti, biji mata yang tiada terputus, dan keredhaan setelah ketetapan. Ya Allah, berilah aku kehidupan yang damai setelah mati, kelazatan apabila memandang wajah-Mu, dan kerinduan berjumpa dengan-Mu, bukan dalam kesempitan yang membinasakan, dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah aku dengan hiasan iman dan jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk yang mendapat petunjuk.”

(hadis oleh Nasa’i)

Thursday, February 11, 2010

khas buat qamar muneera


Sahabat,

Rindunya hati ini ingin bertemu mu,

Menatap wajah tulus suci yang lahir dari jiwamu,

Melambangkan indahnya akhlakmu,

Mendengar celoteh dan nasihat yang tak henti-henti,

Terkumat-kamit keluar dari bibirmu.


Sahabat,

Kini kau jauh di mata,

Mengorak langkah menggapai cita-cita,

Kadang-kadang aku tertanya,

Bilakah titik pertemuan kita??

Sehingga masa terlalu mencemburui persahabatan kita,

Tanpa kita sedar saat perpisahan datang tiba-tiba.



Sahabat,

Banyak ilmu yang kau curahkan kepadaku,

Tiap gerak-geri dan tutur katamu,

Menambat dan menyentuh hatiku,

Aku rindu saat manis berjuang bersamamu,

Berkongsi cerita, pendapat,suka duka, tawa gembira,

Bermain-main dalam khayalan minda,

Aku tak kan lupa kenangan kita.


Sahabat,

Ketika kau bersenda gurau,

Membisikkan kata perpisahan,

Tersentap hatiku,

Mengalir air mata ini tanpa sempat diseka,

Kini aku hanya mampu titipkan sekudus doa,

Semoga kau bahagia walau di mana jua,

Aku benar-benar terasa kehilanganmu,

Engkaulah sahabatku dunia akhirat,

Biarlah bertemu dan berpisah kita kerana-Nya..



Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami keranaMu,

Kurniakanlah juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka

dalam mencari keredhaanMu dan bantulah kami untuk bersama mentaatiMu.



p/s: salam rindu yang teramat rindu buat sahabatku siti munirah bt abd rasyid.

Moga ukhwah yang terjalin sentiasa dalam peliharaan Allah.....ameen ya Rabb

Maksiatillah....


Baru-baru ni, penulis ada mengikuti satu talk..tapi sekejap ja duduk dalam majlis ilmu tu sebab ada kelas sebelum tu. Dalam talk tu, penulis diberi satu artikel yang bertajuk, ’Buat sahabatku..Penghafal al-Quran’. Penulis tertarik satu perenggan ayat ni,


”Imam syafie Rahimullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ rahimullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya suatu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA MAKSIAT dan MEMBERSIHKAN HATINYA dari semua perkara yang dari tuhannya”.


Maksiat??? Bila sebut maksiat, mesti terlintas dalam fikiran kita kes zina dan khalwat. Kalau begitu pemikiran kita yang berlatar belakang agama, insyaAllah kita akan mengelakkan melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi agama. Tapi tidak terfikirkah kita, maksiat ni tersangat luas skopnya dan kita sering meremehkan hal ini. Penulis pernah tanya seorang sahabat, apakah maksud maksiat? Kerana dunia sekarang makin canggih dan macam2 perkara yang kita lakukan tanpa kita sedar yang kita sedang melakukan maksiat kepada Allah. Bak kata orang, duduk seorang pun boleh melakukan maksiat, apatah lagi ditengah kekalutan orang ramai dan budaya.


Sebenarnya maksiat atau derhaka dalam Islam ialah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan melanggar perintahNya. Apakah perbuatan melanggar perintah Allah? Allah perintahkan solat, jika kita tidak melakukan solat bererti kita telah melanggar perintahnya. Itulah maksiat. Begitu juga Allah perintahkan puasa, jika kita tidak mahu berpuasa, kita telah melakukan maksiat. Allah juga menyuruh kita mengeluarkan zakat, jika kita tidak mahu mengeluarkannya bererti kita telah melakukan maksiat.


Akibat melakukan maksiat.

Ada beberapa akibat melakukan maksiat menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah antaranya,

Maksiat membuat kita jauh dari Allah.

Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, “Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu. Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa.”

Maksiat memalingkan perhatian Allah atas diri kita

Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan setan. Allah berfirman, “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Hasyir: 19)

Maksiat menghalang diri kita dari sikap istiqamah.

Kita hidup di dunia ini sebenarnya bagaikan seorang pedagang. Dan pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga tinggi. Sahabatkuku, siapakah yang sanggup membeli diri kita dengan harga tinggi selain Allah? Allah-lah yang mampu membeli diri kita dengan bayaran kehidupan syurga yang abadi. Jika seseorang menjual dirinya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, sungguh ia telah tertipu!

Banyak lagi kesan melakukan maksiat antaranya, Maksiat akan menghalangi diri kita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, Maksiat menghalangi kita untuk taat, Maksiat mematikan bisikan hati nurani, dan Maksiat melenyapkan rasa malu.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina dina ini, peringatan juga untuk sahabat-sahabat yang dikasihi. Semoga Allah menjaga kita semua dari perbuatan maksiat dan mengampunkan dosa-dosa kita. Ameen.


“Apabila seorang hamba itu melakukan dosa, maka akan ada satu titik hitam di dalam hatinya. Apabila dirinya meninggalkan dosa itu, beristigfar dan bertaubat, maka hatinya akan dibersihkan kembali. Jika dia kembali melakukan dosa, akan ada titik hitam dalam hatinya. Sehinggalah titik hitam itu meliputi seluruh hatinya”

( HR Imam Al-Tirmizi).

wallahu a’lam.

Tuesday, February 9, 2010

Semangat baru

Assalamualaikum...
Lama rasanya penulis mendiamkan diri dari mengupdatekan blog ni.. masa mula2 buat blog ni saja seronok2, mungkin melihat ramai sahabat2 dah ada blog. Ada seorang sahabat penulis selalu tanya bila nak buat blog? Bila jumpa dia, mesti soalan yang sama akan berulang. Sejak dari hari tu, diri ni tekad nak buat blog.. atas pertolongan kak munirah, dia yang tolong ajar buat blog. Jazilatusyukr akak!!!

Dalam diri tertanya2, mampukah aku nak update blog ni selalu??? Dah la tak berapa pandai menulis... rupanya soalan tu benar2 terjadi. Memang tersangat lamanya blog ni bersawang. Tapi Alhamdulillah, suatu hari sambil2 baca blog sahabat2 ex-smkay dlu, terdetik dalam hati...setiap orang mampu berdakwah tapi bergantung pada individu..mungkin ini salah satu wasilah tuk penulis berdakwah. Penulis agak pendiam dan agak susah nak mesra dengan orang...take time sikit. Bukan beerti penulis sombong...=) so, mungkin ini (menulis blog) adalah jalan yang terbaik. Semangat tuk update blog makin membara dan penulis berharap sangat dapat istiqamah berdakwah melalui alam maya ni.

Kepada sahabat2 juga, terutamanya yang banyak memberi sokongan selama ni...semoga thabat dalam perjuangan. Jalan dakwah ni, memang payah, perit tapi ingat lah syurga itu manis..insyaAllah.