Tuesday, June 24, 2014

Anak-anak SYURGA ku...

Assalamualaikum..

Coretan pengalaman 5 bulan sebagai teacher untuk anak-anak SYURGA di LITTLE CALIPHS KINDERGARTEN ALOR SETAR. Teringat masa mula - mula nak apply kerja sebagai teacher tadika. Memang saya tak teragak-agak untuk terjun ke dalam bidang ni sedangkan kawan-kawan yang lain bertungkus-lumus mencari kerja dalam bidang dietetics (my study), mungkin bukan rezeki lagi tuk saya cari kerja bidang diet. Kerana minat yang mendalam terhadap kanak-kanak (bila tengok kanak-kanak kecil ni,terus hati cair), tekadkan diri mencuba nasib mencari ilmu dan pengalaman kerja dalam bidang ni. 

Seriously, saya tak rasa rugi langsung terjun dalam bidang ni, banyak ilmu mendidik anak-anak SYURGA mengenal Allah dan Islam yang saya dapat walaupun dalam masa yang singkat (insyaAllah, akan digunakan untuk anak-anak sendiri nanti,ameen). Malah ada telatah anak-anak SYURGA ini yang mengajar saya erti hidup. Subhanallah. Terasa sangat nikmat berada dalam dunia anak-anak SYURGA ini. Tetapi perancangan Allah melebihi segalanya, rezeki saya untuk berada dengan mereka tak lama. InsyaAllah, one day saya akan kembali bersama kamu semua. Teacher sayang kamu semua anak-anak SYURGAku kerana Allah. 

Anak-anak SYURGA Little Caliphs Alor Setar

Pesanan untuk sahabat-sahabatku yg bergelar guru..

Apabila engkau berani menerima gelaran sebagai guru, cikgu, ustaz, ustazah.. terimalah bahawa :

Gelaran guru itu adalah bebanan yang amat berat. Bersedialah engkau untuk  belajar dan mengajar dan tambahi ilmumu untuk mendepani murid-murid yang ingin tahu..bagi menerangi kegelapan kejahilan dengan cahaya ilmu..

Kadangkala

Apabila engkau menghukum kerana mendidik - engkau pun dicemuh, dimaki hamun, dimarahi ibu ayah yang tidak memahami..

Samada suka atau tidak - engkau perlu meninggalkan keluarga untuk bersiang dan bermalam bagi menjadikan anak muridmu berjaya dalam persekolahannya. Jarang yang bertanya - bagaimana anak saya di sekolah ? baikkah sahsiahnya ? dibanding dengan keputusan peperiksaan ketika hari terbuka.

Kebaikanmu yang banyak akan disembunyikan - namun awas jika sekali engkau tersilap, habis segala peribadimu akan diselongkar, dimalukan.. walaupun engkaulah yang pernah mendidik anak muridmu..

Tugasmu bukan sekadar mengajar dan mendidik, engkau akan menjadi sang doktor yang merawat anak muridmu yang sakit, yang inginkan perhatian dan kasih sayang dan dahagakan nasihat untuk motivasi diri.

Engkaulah yang menjadi ibu dan ayah yang mengasuh dari pagi hingga ke petang.  Engkau seorang, namun punya anak yang puluhan bilangannya..  yang alim, yang berbudi bahasa, yang rajin, yang bersungguh-sungguh, yang pintar, yang bodoh, yang lembam, yang aktif,  yang menangis, yang berak dan kencing, yang nakal, yang suka tidur di dalam kelas, yang mengganggu rakan-rakan, yang malas membuat kerja rumah, yang berani melawan dan membentak, yang merosakkan keretamu, yang taat dan patuh.. bermacam ragam dan perangainya

Jika anak muridmu jahat - engkau dipersalahkan
Jika anak muridmu malas - engkau ditunding-tundingkan
Jika anak muridmu gagal - engkaulah akan diperkata-katakan
Jika anak muridmu berjaya menjadi orang - siapa yang akan menghargaimu dan mengenangmu sebagai seorang guru yang pernah mendidik anak muridmu ?

Sebab itu bukan mudah untuk menyandang gelaran guru. Tidak sama pandangan orang tentang guru di zaman dulu dan zaman ini.

Kerana itu juga, sabarlah kerana engkau seorang guru.. Amalmu bukan untuk waktu ini sahaja, kerana ia berpanjangan hingga ke akhirat sana..

Sabar dan ikhlaslah kerana menjiwai dirimu sebagai seorang guru.


copy & paste dari blog ibnunafis


Friday, May 2, 2014

MUSLIMINKU


MUSLIMAHKU

MUSLIMAHKU

Para muslimah penggegar ummah,
Tubuh kalian itu walaupun mungkin nampak lemah,
Tapi janganlah dikorbankan maruah,
Pada lelaki yang 'membeli' engkau dengan harga yang murah.

Yang melamarmu melalui facebook, emel dan sms, 
Tidakkah kalian lihat mereka telah merendah-rendahkan nilai diri kalian?

Janganlah mudah tertarik dengan kebaikan yang terlindung,
Kalian belum benar-benar kenal yang terselindung,
Lelaki begini hanya melamarmu untuk ke neraka Allah,
Bukan ingin memimpinmu ke syurga.

Wanita solehah adalah penggegar dunia,
Yang dengan solehahnya,
Membuatkan syurga rindu kepadanya,
Yang dengan peribadi mulia pada dia,
Seluruh dunia terselamat dari derita.

Puteri-puteri Maryam dan Asiah,
Yang bakal menjejak langkah Fatimah dan Khadijah,
Kalian adalah yang tertinggi di sisi Allah,
Kiranya kalian tampil sebagai mukminah.

Tapi dirimu kalau tidak dipelihara syakhsiah,
Ramai bakal terjerat dalam medan fitnah.

Wanita termahal di dunia,
Adalah wanita yang menjaga imannya,
Di saat yang lain merebut anugerah dunia,
Dia sibuk mengejar anugerah di syurga.

Dunia tidak lengkap tanpa wanita,
Senyum indah mereka membangkitkan cinta,
Tiap bait kata mereka bak mutiara berharga,

Tetapi, siapakah wanita termahal di dunia?

Wanita termahal adalah yang akrab dengan Dia,
Sinarnya umpama sang suria,
Dunia bahagia dengan adanya mereka,
Dunia gelap tanpa mereka.

Wanita yang membahagiakan dunia,
Adalah wanita yang tampil dengan imannya.

Menganjaklah wahai wanita menjadi seperti Nasibah bt Kaab,
Mujahidah perkasa yang tidak ada gentarnya,
Di mana Nabi berada di situ ada dia,
Daripada seorang tukang rawat hinggalah senjata pun turut diangkat,
Tangisnya bukan kerna hilang anak dan suami di medan laga,
Tetapi kerna sudah tidak ada wakil yang ingin dihantarnya ke syurga.

Bahagia bukan bila dirinya ceria,
Tetapi bila wanita seperti dia ada sumbangan untuk ummahnya.

Jangan bunuh masa depan akhiratmu dengan dosa dan maksiat.
Isilah masa sekarang dengan iman untuk masa depan yang penuh kebahagiaan.

Mudah-mudahan menjadilah kalian, muslimah harapan, yang dibanggakan kekasih Tuhan.

Friday, April 11, 2014

Mencari CINTA


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang 
guru falsafah dan pelajarnya... 

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...? 

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah 
kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. 
sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. 

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. 

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...? 

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, 
dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. 
sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling 
menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di 
hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati 
tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada 
yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya. 

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta... 




dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...? 

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. 
tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. 
dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah 
yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan. 

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang 
semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah 
berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut. 

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....? 

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, 
aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan 
kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang 
pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon 
yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal 
kerana tidak memilihnya... 

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan....... 

tamat.... 
============== 

                               

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan 
terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan 
anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. 
Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.