Friday, December 9, 2011

Macam mana nak jadi baik???

Assalamualaikum.

macam mana nak jadi baik?? sering kali persoalan ini bermain-main di minda setelah membaca novel VERSUS karya HLOVATE. maaf sekiranya ada sahabat2 yang tidak berminat membaca novel, ya saya akui ada sedikit unsur percintaan (bukan tahap jiwang) tapi apa yang lebih penting mesej yang ingin dibawa oleh penulis hlovate iaitu "berubah kearah yang lebih baik". sedikit sinopsis, Novel ini menceritakan 'penghijrahan' 2 watak utama dalam novel ini Ashraff Omar dan Minn Edina (Minn) dari remaja yang gila bermain skateboard dan sering mengabaikan perintah agama menjadi orang yang lebih berakhlak soleh dan solehah.


susah ke nak berubah kearah yang lebih baik? baik ni macam mana sebenarnya? adakah dengan menutup aurat tapi solat lompang sana sini, dikira baik? atau solat cukup lima waktu tapi tidak menutup aurat dengan sempurna dikira baik?.......

kalau untuk sahabat2 yang lahir didalam keluarga yang dididik dengan agama dengan baik oleh ibubapa, cukup bernasib baik..tapi bagaimana dengan sahabat2 kita diluar sana yang masih leka dengan nikmat keseronokan dunia yang sementara ini?? masing2 akan ada turning point to change life ke arah yang lebih baik. ya, kita kena berusaha menjadi orang yang baik!!! carilah ilmu, bergurulah, take step by step, cari kawan yang baik, banyakkan berdoa kepada Allah, niat mesti ikhlas..insyaAllah Allah akan tunjuk jalan...

tidak rugi menjadi orang yang baik. malah kita boleh bantu orang lain menjadi baik dengan menunjukkan contoh peribadi/akhlak kita kepada orang lain. sebagai contoh, semalam saya menyaksikan dua situasi yang hampir sama yang ditunjukkan oleh adik junior dan sahabat saya. adik ini membaca al-Quran ketika menunggu sahabat dia dibawah pokok. hati saya memang tersentuh. begitu juga seorang sahabat membaca surah al-kahfi ketika menunggu kawan dia untuk ke kelas. (dia memang istiqamah mengamalkan bacaan surah al-kahfi setiap hari jumaat).sekali lagi hati saya terdetik, kenapa aku tidak lakukan perkara yang sama untuk mengisi ruang kosong yang ada??? itu baru saya yang rasa, bagaimana orang lain yang melihat situasi ini, berapa ramai yang cuba untuk lakukan perkara yang sama.(ke arah yang lebih baik)...

pesanan hlovate dalam buku ni,

Buat 'awak' yang mahu berubah,
Berubahlah walaupun payah,
Berubahlah ke arah hidup lebih indah
Hidup dan masa muda sekali cuma
Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?
May Allah bless.

in simple word, jom jadi budak baik!!!

Tuesday, December 6, 2011

Sharing is caring

Do'a Menghilangkan Rasa Cinta dan Sayang yang tak Perlu
(kerana yg kita cinta mgkn sdh memiliki pilihan yg tepat atau sdh bernikah dgn org lain)

Bismillaahirrahmaanirrahiim,,

... Ya Allah,
aku terima keadaanku yang sulit utk melupakannya dan masih menyayanginya, maka terimalah aku dan ibadah- ibadahku ( tarik nafas yg dlm perlahan , tahan 3 saat lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

Ya Allah,
aku maafkan hadirnya rasa sayang yang tak layak ini, aku maafkan dirinya yang sulit kulupakan, aku maafkan diriku yang terjebak dalam rasa cinta yang menggelisahkan, maka maafkanlah ia dan maafkanlah aku ( tarik nafas yg dalam perlahan, tahan 3 saat lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

Ya Allah,
aku lepaskan rasa sayang ini dariku, maka lepaskanlah rasa sayang yang tak layak ini dariku, aku adalah aku, rasa sayang kepadanya bukanlah aku. Aku adalah hamba yang hanya bergantung kepada-Mu dan berharap kasih sayang-Mu ( tarik nafas yg dlm perlahan, tahan 3 saat lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

Ya Allah,
aku serahkan urusan hati ini sepenuhnya kepada-Mu , maka serahkanlah ketetapan-Mu yang terbaik kepadaku. Dan sayangilah aku dalam peluk kasih sayang-Mu ( tarik nafas yg dalam perlahan, tahan 3 saat lalu hembuskan sambil istighfar perlahan )

Aamiin ( tarik nafas yang dalam perlahan, tahan 3 saat lalu hembuskan sambil ucapkan hamdalah ) (Alhamdulillaahirabbil 'aalamiin )

( sumber : Ustadz Zain Fuad Abdullah / Kang Zain )

Sahabat saudaraku fillah... Bacalah do'a ini setiap saat agar hati kita tenang terutama setelah shalat fardhu... Dan jangan lupa disertai sholat, dzikir dan tilawah Al- Qur'an dan do'a2 yang lain...semoga bermanfaat.


(copy dr FB, sharing is caring)


Monday, November 28, 2011

sayang adik!!


Assalamualaikum.

entri kali ni saya ingin tuju khas untuk adik saya, Mohd Ikrami kerana telah menggembirakan hati ini. simple saja apa yg dibuat oleh adik saya. dia hanya bersetuju untuk join program KEM BINA SAHSIAH tetapi kesannya sangat mendalam untuk saya (hati saya senang)

alkisahnya...
sebelum ni saya selalu join program KEM BINA INSAN (tingkatan 1-3) anjuran kerajaan negeri kedah sebagai seorang fasilitator. saya melihat program ni sangat membantu dalam pentarbiyahan adik-adik tingktan 1-3. saya cuba untuk memujuk adik saya tuk join program KBI ni tetapi terdapat pelbagai halangan tuk dia pergi. saya tidak berputus asa. jiwa pemuda hari ni perlu diisi dgn perkara yg berfaedah.perlu ada pegangan yang kukuh...

cuti sekolah baru2 ni, sekali lg kerajaan negeri menganjurkan program KEM ANAK SOLEH(KAS), KEM BINA INSAN (KBI) dan KEM BINA SAHSIAH (KBS). saya tidak melepaskan peluang ni tuk ajak adik saya sekali lg. dia setuju nak join sebab cuti sekolah yang panjang ni dia tidak ada perancangan lg. mula2 nak join KBI tetapi KBI buat kat Langkawi. sngt jauh kalau nak sruh ayah hantarkan adik. saya rasa sangat sedih. peluang tuk mentarbiyah adik secara xlangsung mcm tertutup begitu shj. kita merancang, Allah pun merancang tetapi perancangan Allah lah yg terbaik.

Alhamdulillah, Allah bg sesuatu yg lebih baik. saya terlihat iklan program KBS di fb dan KBS dibuat dekat dengan rumah saya iaitu kt Sekolah Agama Integrasi Faizin (SAIF) guar chempedak. sekali lg saya suruh adik (15thn) pergi tnya boleh tak dia join program KBS (sblum ni KBS tuk umur 16-18thn ). alhamdulillah, KBS dibuka tuk adik2 yg berumur 15 dan 16thn sebab masa program bertembung dgn adik2 yg sedang ambik SPM. KBS berlangsung selama 21 hari dari 27nov2011-17dis2011. adik saya pergi bersama dgn seorang lagi anak sedara yg sebaya dgn dia. harapan saya, moga adik menjadi orang lebih baik, dihiasi dgn akhlak yg baik, ibadah yg mantap dan seorang anak yg soleh kepada mak ayah.


apa yg nak saya kongsikan di sini, peranan kita untuk mengislah kan ahli keluarga bukan hnya tertumpu kpd diri sendiri sahaja. pelbagai cara kita boleh lakukan sekiranya kita xmampu nak lakukan sendiri. sebagai contoh, saya cuba kumpulkan majalah GEN-Q tuk adik2 saya baca kat rumah. biarlah buku yang "berdakwah" kepada dia.


Allah juga berfirman:
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (ali-imran 110)


dan selalu kita dgr dr talk,
"barangsiapa yang mengatakan tiada tuhan melainkan Allah, maka dia adalah daie'


saya ingin menyeru kepada sahabat2, mari bersma2 kita laksanakan tugas kita sebagai hamba, khalifah dan daie kepada Allah...
wallahua'lam..

Thursday, November 24, 2011

TAHAJUD CINTA


Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba.
Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi".

Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan?

... Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan.
Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak.

PILIHAN 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.
Bukan itu saja, hati turut mengomel,
"Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.."
Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud.
Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah SWT...

Terjaga dia awal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.

Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur., bukan mengomel kekesalan.
Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan..

....ust.zahazan...



sekadar perkongsian bersama...

ayuh sahabat2..doakan semoga kita tergolong dalam golongan yang istiqamah bertahajud kerana Allah..



Friday, November 4, 2011



salam penyucian JIWA..

menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah
bukan semudah memetik dua jari,
itupun belum pasti bisa berbunyi,
hakikat insan memang penuh dengan kekurangan,
namun tidak menjadi sesuatu kesalahan untuk memperbaiki diri,
menjadi sebaik-baik hamba ALLAH,
teruslah untuk melangkah meski dalam dalam kepayahan,
kita kan KHALIFAH!!

mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah,
sedangkan mehnah itu perkara yang wajib sebelum tiba ke jannah,
lalu haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita,
dengan mehnah yang membuatkan kita terduduk menangis hiba??
belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!!
tangisan itu pasti tidak akan sia-sia,
andai langkahmu terus teguh menuju jalanNYA..

..cahaya mati syahid..

Saturday, October 22, 2011

Ibrah dari sebuah cerita


Assalamualaikum…

Saya ingin berkongsi satu cerita yang membuatkan diri ni tekad tuk berubah sedikit demi sedikit kearah yg lebih baik. insyaAllah..

Dalam 3 tahun yg lepas, saya pernah ikut satu program ilmu. Pada malam program tu ada satu sesi muhasabah, mcm biasa bila ada muhasabah mesti ramai yg menangis tetapi saya xrasa apa2 sebab dh tahu cara sesi tu sejak sekolah menengah lagi. Hati agak keras waktu 2. Boleh tersengguk lagi.huhu. TETAPI selepas sesi tu, ada seorang abang FC ni, buat kesimpulan dan terkeluar lah sati cerita yg membuatkan saya terpegun akan kebenarannya. Cerita dia simple ja tapi bila Allah buka pintu hati seseorang tuk mendengar dan mengambil ibrah dari cerita 2, tiada yg mustahil bagiNya.

Cerita tu bunyi nya mcm ni..

Dalam sebuah sekolah, ada seorang guru agama atau bahasa mudah seorang ustazah. Dia menegur seorang guru,

Ustazah: kenapa kamu xpakai stoking,sedangkan kamu tahu kaki tu aurat seorang wanita?

Guru: sebabnya saya rasa panas bila pakai stoking, susah nak ambik wuduk,kena buang dlu baru bleh ambik, remeh la. Bila hujan basah stoking tu. Bla…bla…(macam2 alasan lagi)

Ustazah: dah habis ke bagi alasan sebab apa xpakai stoking?

Guru: hmmm..

Ustazah: (sambil tersenyum) awak bleh bg apa saja alasan bila manusia mcm saya ni bertanya..TETAPI bleh ke awak bagi alasan lg bila bertemu Allah nnt, Dia bertanya knp kamu xpakai stoking??? Sedangkan kamu tahu kaki tu aurat kamu….

Allahurabbi…terkedu saya bila mendengar kisah ni…ya saya akui bila di dunia ni, kita masih lagi bleh bagi berbagai alasan…tapi INGAT lah bila di sana (akhirat) kita xkan dapat berpatah balik atas apa perbuatan di dunia ini. Once, Allah dtngkan satu niat untuk kita berubah, berubah lah..jgn tunggu lagi. Mungkin peluang itu xkan datang berkali-kali…