Tuesday, June 4, 2013

warkah cinta

 Assalamualaikum.... Bismillah... 
Buat dia yang kunikahi,
sungguh kalam yang diukir ini mungkin agak  tidak sesuai untuk memujuk mu. apalagi untuk mengubah pandanganmu tentang diriku. ketahuilah, sesungguhnya akulah yang istimewa apabila telah menikahimu. akulah yang bahagia saat melafazkan akad terhadapmu. akulah yang merasa kemanisan iman itu.

sungguh.. saat kutulis warkah ini, bukan cerita dongeng yang ingin kukarang. bukan juga angan indah sebuah harapan. hanyalah kebenaran yang sama-sama kita mampu kongsi sebagai suami isteri.. juga buat zuriat keturunan kita akan datang.

percayalah saat ragu-ragu itu bukan sahaja daripadamu. malah aku juga. dan aku yakin akan diwarisi zuriat keturunan kita. yakinlah dan yakinlah mereka bahawa janji Allah SWT itu pasti. cinta yang agung itu hanyalah kepada Pencipta yang satu. Cinta yang abadi dan hakiki adalah berlandaskan syariat. fahamkanlah jodoh ini sudah tertulis. dan sememangnya sehingga ke akhir cinta ini, itu doaku.

Saat akad dilafazkan, saat doa ditadah, aku yakin akan sabda Rasulullah SAW, " Sesungguhnya diantara keberkatan seorang wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya (Riwayat Ahmad). Semoga mahar yang telah dimudahkan itu merupakan satu keberkatan buatmu.

Aku percaya dengan firman Allah SWT :
Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (an-nuur-32)


Semoga kita sama-sama bersedia untuk kehidupan yang akan datang. miskinnya kita, ada lagi yang lebih miskin. kayanya kita, Allah yang lebih kaya. sesungguhnya semoga kita sama-sama bersyukur dengan segala rezekinya. percayalah juga seperti apa yang aku percaya. Umar al-Khattab,sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip daripada al-Qurthubi : saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya. Jadinya, semoga kita sama-sama lebih berani ke arah berumah tangga.

Ibnu mas'ud pernah berkata, carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan. semoga kita kaya dengan kasih sayang. Sabda Rasulullah SAW, wahai para pemuda siapa yang mampu, berkahwinlah! sesungguhnya ia menunduk pandangan dan menjaga kemaluan. siapa yang tidak mampu, berpuasalah. (Riwayat Bukhari)

Jadi, doaku semoga perkahwinan ini diberkati. diserikan dengan zuriat soleh dan solehah. Diindahkan dengan keturunan penyejuk dimata dan penawar di hati. semoga dipermudahkan segalanya.

(hasil nukilan atok Iman kepada opah Iman, petikan novel " saya muslim, awak iman" karya nur fizkkmi satar)

p/s : saya suka surat ini. rasa tersentuh dengan keikhlasan atok Iman. Selamat pengantin baru kepada sepupu saya Ruwaidah Ibrahim, sahabat saya Nur Atifah Abd Ruddin dan sahabat2 seangkatan. Barakallah... =)

~berangan-angan akan dapat surat macam ini dari dia yang halal suatu hari nanti =)

No comments:

Post a Comment