Monday, November 28, 2011

sayang adik!!


Assalamualaikum.

entri kali ni saya ingin tuju khas untuk adik saya, Mohd Ikrami kerana telah menggembirakan hati ini. simple saja apa yg dibuat oleh adik saya. dia hanya bersetuju untuk join program KEM BINA SAHSIAH tetapi kesannya sangat mendalam untuk saya (hati saya senang)

alkisahnya...
sebelum ni saya selalu join program KEM BINA INSAN (tingkatan 1-3) anjuran kerajaan negeri kedah sebagai seorang fasilitator. saya melihat program ni sangat membantu dalam pentarbiyahan adik-adik tingktan 1-3. saya cuba untuk memujuk adik saya tuk join program KBI ni tetapi terdapat pelbagai halangan tuk dia pergi. saya tidak berputus asa. jiwa pemuda hari ni perlu diisi dgn perkara yg berfaedah.perlu ada pegangan yang kukuh...

cuti sekolah baru2 ni, sekali lg kerajaan negeri menganjurkan program KEM ANAK SOLEH(KAS), KEM BINA INSAN (KBI) dan KEM BINA SAHSIAH (KBS). saya tidak melepaskan peluang ni tuk ajak adik saya sekali lg. dia setuju nak join sebab cuti sekolah yang panjang ni dia tidak ada perancangan lg. mula2 nak join KBI tetapi KBI buat kat Langkawi. sngt jauh kalau nak sruh ayah hantarkan adik. saya rasa sangat sedih. peluang tuk mentarbiyah adik secara xlangsung mcm tertutup begitu shj. kita merancang, Allah pun merancang tetapi perancangan Allah lah yg terbaik.

Alhamdulillah, Allah bg sesuatu yg lebih baik. saya terlihat iklan program KBS di fb dan KBS dibuat dekat dengan rumah saya iaitu kt Sekolah Agama Integrasi Faizin (SAIF) guar chempedak. sekali lg saya suruh adik (15thn) pergi tnya boleh tak dia join program KBS (sblum ni KBS tuk umur 16-18thn ). alhamdulillah, KBS dibuka tuk adik2 yg berumur 15 dan 16thn sebab masa program bertembung dgn adik2 yg sedang ambik SPM. KBS berlangsung selama 21 hari dari 27nov2011-17dis2011. adik saya pergi bersama dgn seorang lagi anak sedara yg sebaya dgn dia. harapan saya, moga adik menjadi orang lebih baik, dihiasi dgn akhlak yg baik, ibadah yg mantap dan seorang anak yg soleh kepada mak ayah.


apa yg nak saya kongsikan di sini, peranan kita untuk mengislah kan ahli keluarga bukan hnya tertumpu kpd diri sendiri sahaja. pelbagai cara kita boleh lakukan sekiranya kita xmampu nak lakukan sendiri. sebagai contoh, saya cuba kumpulkan majalah GEN-Q tuk adik2 saya baca kat rumah. biarlah buku yang "berdakwah" kepada dia.


Allah juga berfirman:
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (ali-imran 110)


dan selalu kita dgr dr talk,
"barangsiapa yang mengatakan tiada tuhan melainkan Allah, maka dia adalah daie'


saya ingin menyeru kepada sahabat2, mari bersma2 kita laksanakan tugas kita sebagai hamba, khalifah dan daie kepada Allah...
wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment