Saturday, October 22, 2011

Ibrah dari sebuah cerita


Assalamualaikum…

Saya ingin berkongsi satu cerita yang membuatkan diri ni tekad tuk berubah sedikit demi sedikit kearah yg lebih baik. insyaAllah..

Dalam 3 tahun yg lepas, saya pernah ikut satu program ilmu. Pada malam program tu ada satu sesi muhasabah, mcm biasa bila ada muhasabah mesti ramai yg menangis tetapi saya xrasa apa2 sebab dh tahu cara sesi tu sejak sekolah menengah lagi. Hati agak keras waktu 2. Boleh tersengguk lagi.huhu. TETAPI selepas sesi tu, ada seorang abang FC ni, buat kesimpulan dan terkeluar lah sati cerita yg membuatkan saya terpegun akan kebenarannya. Cerita dia simple ja tapi bila Allah buka pintu hati seseorang tuk mendengar dan mengambil ibrah dari cerita 2, tiada yg mustahil bagiNya.

Cerita tu bunyi nya mcm ni..

Dalam sebuah sekolah, ada seorang guru agama atau bahasa mudah seorang ustazah. Dia menegur seorang guru,

Ustazah: kenapa kamu xpakai stoking,sedangkan kamu tahu kaki tu aurat seorang wanita?

Guru: sebabnya saya rasa panas bila pakai stoking, susah nak ambik wuduk,kena buang dlu baru bleh ambik, remeh la. Bila hujan basah stoking tu. Bla…bla…(macam2 alasan lagi)

Ustazah: dah habis ke bagi alasan sebab apa xpakai stoking?

Guru: hmmm..

Ustazah: (sambil tersenyum) awak bleh bg apa saja alasan bila manusia mcm saya ni bertanya..TETAPI bleh ke awak bagi alasan lg bila bertemu Allah nnt, Dia bertanya knp kamu xpakai stoking??? Sedangkan kamu tahu kaki tu aurat kamu….

Allahurabbi…terkedu saya bila mendengar kisah ni…ya saya akui bila di dunia ni, kita masih lagi bleh bagi berbagai alasan…tapi INGAT lah bila di sana (akhirat) kita xkan dapat berpatah balik atas apa perbuatan di dunia ini. Once, Allah dtngkan satu niat untuk kita berubah, berubah lah..jgn tunggu lagi. Mungkin peluang itu xkan datang berkali-kali…

No comments:

Post a Comment