Friday, April 11, 2014

Mencari CINTA


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang 
guru falsafah dan pelajarnya... 

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...? 

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah 
kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. 
sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. 

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. 

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...? 

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, 
dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. 
sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling 
menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di 
hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati 
tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada 
yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya. 

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta... 




dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...? 

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. 
tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. 
dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah 
yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan. 

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang 
semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah 
berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut. 

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....? 

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, 
aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan 
kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang 
pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon 
yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal 
kerana tidak memilihnya... 

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan....... 

tamat.... 
============== 

                               

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan 
terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan 
anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. 
Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Tuesday, December 17, 2013

La Tahzan ~ Rezeki


"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."
"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."
"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."
"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?
Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?
Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.
Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.
Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

~copy & sharing~

Tuesday, December 3, 2013

Kematian yang Menghidupkan

Assalamualaikum..

Al-fatihah kepada arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam. Walaupun diri ini tidak mengenali susuk tubuh adik ammar tetapi kematiannya banyak menghidupkan hati-hati yang sedang lena. Moga roh adik tenang di sana. Ameen.

Tiada kata yang dapat diungkapkan melainkan terima kasih dik kerana berjaya mengetuk hati ini yang sedang leka dengan dunia. Moga diri ini turut ikut jejak langkahmu. Life is Journey. From Allah to Allah.


 

Monday, June 10, 2013

Memori tercipta bersama sahabat2 seperjuangan


Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

sahabat s6: along, kiah, adik, farihah, ain, fatimah, solehah
                                 

sahabat yang ceria, aisyah

sahabat yang disayangi : k.ain =)

adik-beradik dunia akhirat

sahabat diet: tini, syikin, mariam
                                           
Terima kasih sahabat2 yang hadir dalam hidupku.
Moga kekal ukhwah kita sehingga syurga =)

motivasi diri jadi lebih baik =)

Wahai bakal imamku,
Izinkan aku memohon barang secebis harapan buatmu.
Maafkan aku,
Bukan untuk demanding..
Cuma ini sahaja yang aku pinta..(^_^)
Ku pinang dirimu kerana mahu setia dalam perjuangan Islam..
Ku risik dirimu kerana aku mahu mutiara iman yang ada pada dirimu itu berjangkit auranya padaku..
Ku pohon agar kau tegur diriku bila aku salah dan lalai dari tanggungjawab ubudiyyah pada ALLAH..
Aku masih bertatih mengenal agamaku..
Tolong ajari aku untuk setia meyakini agamaku..
Aku bukan yang terbaik untuk kamu tapi percayalah, ALLAH dah jadikan kita pasangan yang mahukan kebaikan dan saling melengkapi..
Aku masih merangkak mencari pautan untuk aku teguh beriman..
Aku perlukan eratnya tanganmu memimpin aku untuk mengejar cintaNYA…
Aku tak pinta material yang mengaburi matlamat aku untuk mencari redhaNYA..
Biar material menjadi agen pelangsung kehidupan, bukannya matlamat utama dalam kehidupan..
Aku bersedia menjadi pendampingmu kerana aku yakin dengan kecantikan agama yang ada pada dirimu..
Biar aku menjadi kekasihmu yang terbawah di mana yang paling tinggi adalah ALLAH dan Rasulullah..
Aku mahu kita sama-sama pulang ke sana dengan bekalan iman yang cukup..
Aku mahu kita memijak pintu syurga bersama-sama… =)
Wahai bakal anak-anak ummi..
Alhamdulillah..
ALLAH membuka pintu hidayahNYA..
Dizinkan untuk ummi menaip tinta ini buat kalian..
Terima kasih kerana sudi untuk dilahirkan dari Rahim ummi..sungguh,semuanya rahmat yang tak terhingga dari ALLAH..
Wahai bakal pejuang cilik..
Ummi tak mahu kalian lahir dari diri ummi tatkala ummi khilaf dalam kehidupan.
Di sini, Ummi janji…
Ummi mahu jadi contoh terbaik buat kalian.. biar kita saling sayang kerana ALLAH..
Ummi sedang belajar untuk melayakkan diri menjadi seorang ibu..
Sungguh berat amanah ini..
Ummi sedang berlawan kehendak nafsu supaya iman di jiwa ibu sentiasa menang di kemuncak..
ummi akan jadi ummi yang solehah demi keberkatan hidup kita bersama-sama..
Walid dan ummi akan sama-sama menjaga iman kami supaya kalian lahir dalam suasana keluarga yang mawaddah, sakinah dan rahmah..


p/s : saya copy paste dari blog seorang sahabat aesyahumaira. saya suka ayat dia. moga menjadi motivasi untuk diriku menjadi lebih baik tuk bakal imamku dan bakal zuriat kami.

Tuesday, June 4, 2013

warkah cinta

 Assalamualaikum.... Bismillah... 
Buat dia yang kunikahi,
sungguh kalam yang diukir ini mungkin agak  tidak sesuai untuk memujuk mu. apalagi untuk mengubah pandanganmu tentang diriku. ketahuilah, sesungguhnya akulah yang istimewa apabila telah menikahimu. akulah yang bahagia saat melafazkan akad terhadapmu. akulah yang merasa kemanisan iman itu.

sungguh.. saat kutulis warkah ini, bukan cerita dongeng yang ingin kukarang. bukan juga angan indah sebuah harapan. hanyalah kebenaran yang sama-sama kita mampu kongsi sebagai suami isteri.. juga buat zuriat keturunan kita akan datang.

percayalah saat ragu-ragu itu bukan sahaja daripadamu. malah aku juga. dan aku yakin akan diwarisi zuriat keturunan kita. yakinlah dan yakinlah mereka bahawa janji Allah SWT itu pasti. cinta yang agung itu hanyalah kepada Pencipta yang satu. Cinta yang abadi dan hakiki adalah berlandaskan syariat. fahamkanlah jodoh ini sudah tertulis. dan sememangnya sehingga ke akhir cinta ini, itu doaku.

Saat akad dilafazkan, saat doa ditadah, aku yakin akan sabda Rasulullah SAW, " Sesungguhnya diantara keberkatan seorang wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya (Riwayat Ahmad). Semoga mahar yang telah dimudahkan itu merupakan satu keberkatan buatmu.

Aku percaya dengan firman Allah SWT :
Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (an-nuur-32)


Semoga kita sama-sama bersedia untuk kehidupan yang akan datang. miskinnya kita, ada lagi yang lebih miskin. kayanya kita, Allah yang lebih kaya. sesungguhnya semoga kita sama-sama bersyukur dengan segala rezekinya. percayalah juga seperti apa yang aku percaya. Umar al-Khattab,sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip daripada al-Qurthubi : saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya. Jadinya, semoga kita sama-sama lebih berani ke arah berumah tangga.

Ibnu mas'ud pernah berkata, carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan. semoga kita kaya dengan kasih sayang. Sabda Rasulullah SAW, wahai para pemuda siapa yang mampu, berkahwinlah! sesungguhnya ia menunduk pandangan dan menjaga kemaluan. siapa yang tidak mampu, berpuasalah. (Riwayat Bukhari)

Jadi, doaku semoga perkahwinan ini diberkati. diserikan dengan zuriat soleh dan solehah. Diindahkan dengan keturunan penyejuk dimata dan penawar di hati. semoga dipermudahkan segalanya.

(hasil nukilan atok Iman kepada opah Iman, petikan novel " saya muslim, awak iman" karya nur fizkkmi satar)

p/s : saya suka surat ini. rasa tersentuh dengan keikhlasan atok Iman. Selamat pengantin baru kepada sepupu saya Ruwaidah Ibrahim, sahabat saya Nur Atifah Abd Ruddin dan sahabat2 seangkatan. Barakallah... =)

~berangan-angan akan dapat surat macam ini dari dia yang halal suatu hari nanti =)

Thursday, May 23, 2013

uijan dari Allah

Assalamualaikum.


Hari ini hari kedua saya demam. Dah lama Allah bagi nikmat kesihatan, baru-baru ni Allah tarik seketika nikmat ni. memang tidak larat nak buat kerja tambah-tambah lagi sekarang musim exam.. buku-buku tuk study memang tak buka lagi. Ya Allah, kuatkan diri ini untuk menghadapi ujian MU. Allah....

Firman Allah Taala bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Nahl, ayat 18.

Ya, saya rasa bersyukur atas ujian yang Allah bagi ni. ujian tanda Allah sayang pada hambaNya =)jom kita muhasabah diri semula. mungkin kita lalai dalam mengingati Allah dalam kehidupan seharian sehingga Allah bagi ujian untuk kita ingat Allah kembali. Astagfirullah..ampun aku yang sering lalai dalam mengingatiMu..