Monday, March 28, 2011

Terima kasih sahabat..

Assalamualaikum.

kali ni saya post kata-kata motivasi dari sahabat2 untuk diri ni yang baru belajar menghafal kalamNya. syukran sahabat. moga kalian dalam rahmat dan kasih sayang Allah.


sahabat 1,
"Bagi rasa best nak menghafal dan senang ingat, kita anggap baca Quran macam baca cerita. Take the feel yang Allah letak dalam setiap ayat. insyaAllah, kita tidak rasa boring sangat. Mula2 memang susah. Allah nak tengok sejauh mana kita boleh tekun dan bersabar."


sahabat ke-2,
"Untuk menghafal quran memang sukar. Sukar lagi untuk menjaganya, sedangkan Rasulullah berpeluh-peluh dahi baginda ketika menerima wahyu pertama, inikan pula kita manusia biasa..tetapi bersyukurlah wahai sahabat kerana dipilih oleh Allah untuk menjaga kalamNya,kerana Allah tahu akan kemampuanmu, berusaha selagi mana engkau mampu dan berdoalah kepada Allah agar terus diberi kekuatan untuk menjaga kalamnya..moga cebisan Al-Quran yang ada pada diri ini menjadi penguat ketika lemah, pendinding kepada hawa nafsu, peringatan ketika lalai."


sahabat ke-3,

"Quran adalah satu perkara yang berat, berat menghafaz, berat untuk menjaga dan berat untuk amal. Faktor susah dapat mungkin sebab usia, sibuk dengan urusan lain, susah nak fokus, dan juga sebab dosa2 kita yang menghalang. Tak lain untuk jadi ahli Quran, mesti ada mujahadah.Al-quran , tempatnya istimewa di sisi Allah. Lagi istimewa, lagi kuat ujian. Check amalan kita untuk mudah lekat dengan al-Quran."


sahabat ke 4,

- Rasa berat? =)
Al-Qur'an itu bukankah jika diturunkan kepada bukit akan tunduk terpecah ia, dan Rasul kita yang dicintai, apabila menerima wahyu sehingga berpeluh berkeringat Baginda wlupun pada musim dingin, menggambarkan betapa beratnya wahyu..kita umatnya yang lemah ni apatah lagi lah...

-jika tak dapat hafaz 5 muka sehari, cukup dengan 3 muka, jika tak dapat memadai dgn 2 muka, tak mampu jugak biarlah 1 muka, jika masih sukar apa salahnya jika hafaz setengah muka sehari atau 3 ayat sehari .. bukankah terbaik itu adalah sedikit tapi berterusan

- untuk i'adah harian,jika tak ada waktu khusus atau kesempitan waktu, letakkanlah target, kalau setiap rakaat solat rawatib, dibaca memadai setengah muka atau 3 ayat atau 2 ayat atau satu ayat, sehari sekurang2nya dapat iadah 3 muka

- baik juga jika tetapkan waktu khusus untuk iadah saja, contoh pada malam jumaat 1 - 2 setengah jam (mudah cket sbb esok tu tak da kelas), peruntukkan masa khas untuk iadah sj, dari apa yang pernah kita hafaz, jika sehingga perlu kepada hafal balik pun tak mengapa, hafallah semula(mudah sikit rsnya sebab dah pernah hafaz), lupa itu biasa, jika tidak lupa-lupa maka orang2 tak akan ulang qur'an lagi dan mungkin hanya akan baca sekali seminggu..

-baik juga jika ada rakan yang boleh saling "bertukar2" tasmi, saling tebuk menebuk dsb...

- Putus asa jangan sekali, kerana walaupun sehabis usaha dah kita buat, Allah masih dan sentiasa ada untuk kita adukan dan letakkan pengharapan. doalah supaya diberikan istiqamah


moga bermanfaat untuk semua.

Friday, March 25, 2011

cuti oh cuti..

assalamualaikum..

entry kali ini ingin dikongsi ttg pelan cuti yang panjang (dlm perancangan lg). semalam selepas solat berjemaah maghrib, ada sesi tazkirah ringkas diantara saya dan beberapa orng shbat. tazkirah berantai. apa yg sy tertarik, ad shbt ni aka roomateku bertanya apa yg kita nak buat waktu cuti pnjg ni( hmpir 5bulan). ye la kat cni (UIA) kita dikelilingi shbat yg boleh ingat mengingati, biah solehah..pendek kata mmg terjaga dr perkara yg xelok.

saya cuba menjawab soalan tu:
1) saya akan cuba ikut program yang kerajaan negeri Kedah anjurkan cth Kem anak Soleh, kem bina insan tuk mentarbiyah adik2 kita yg masih bersekolah. (ku nak tahu, cuba tnya Hazirah rahim, ex-smkay..huhu)
2) cuba membantu mak ayah sebaik-baiknya. ambil peluang ni.
3) tambahkan bahan bacaan
4) memperbaiki hafalan quran yang semakin teruk..(Ya Allah, permudahkanlah..)

ini sahaja yang baru terfikir di dalam kepala..
lagi satu cuti ni banyak sngt jemputan walimah shbat=)..cuba untuk menghadirinya. tahniah kepada shbat yg bakal memenuhi salah satu sunnah rasulullah, moga Allah permudahkan urusan kalian. ( kepada kmunirahku, moga Allah percepatkan jodoh, bleh kita jumpa lg..hehe)

apapun perancangan kita, yang penting disiplin diri. kita merancang, Allah pun merancang tapi perancangan Allah lah yg terbaik..

p/s: exam final baru nak start, dh fikir cuti..hehe. xpa2 kita kena rncg dari awal2 lg.

Tuesday, March 15, 2011

CATERING DAY = HARI MAKAN SEDUNIA

Salam'alaik.
kali ni sy nak cerita skit ttg catering day under 2nd year dietetics student IIUM. kita orang kena buat catering day sebagai salah 1 assessment subject catering. banyak yang sy belajar drpd program ni. kat sini lah kita akan lihat "kerjasama, pengorbanan, kecekapan" seseorang. memang tidak dapat dinafikan, penat memang akan penat. tapi natijahnya sngt best. alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. tgklah gmbar2 makanan yg akan dijual nnt setelah ditesting beberapa kali..huhu.semua sedap..=)







fruit punch




air asam boi





pasemboQ







pizza



kebab


Monday, March 7, 2011

ukhwah berpaksikan iman



Assalamualaikum.

Salam ukhwah dan mahabbah kepada semua sahabat yang tercinta. Di sini saya tertarik untuk mencoretkan satu perkongsian bertajuk UKHWAH, di mana ia sangat berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Semua orang bersahabat. Ada yang sudah bertahun berkawan tapi masih tidak merasai kenikmatan ukhwah. Ada pula yang baru sahaja berkenalan tapi terasa sudah lama berkawan. Dua situasi yang sangat berbeza. Pernahkah anda membaca novel SINERGI karya Hilal Asyraf? Intipati utama yang ingin dibawa dalam buku ini adalah ‘UKHWAH ATAS DASAR KEIMANAN’. Namun bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ukhwah berpaksikan IMAN itu? Mari kita selami bersama..


Kedudukan Ukhuwah dalam Islam

Ukhuwah Islamiah (persaudaraan Islam) adalah nikmat Allah, anugerah suci, dan pancaran cahaya rabbani yang Allah persembahkan untuk hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan pilihanNya. Allahlah yang menciptakan ikatan dan perasaan itu. Allah berfirman,

“…Lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara…” (QS: Ali Imran: 103).


Ukhuwah adalah ANUGERAH daripada Allah, Yang Maha Berkuasa menyatukan hati-hati hambaNya. Ia berfirman,

“…Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka… (QS: Al-Anfal: 63)”


Rasulullah SAW juga bersabda,

Tidak beriman seseorang dari kamu, sehinggalah dia mencintai saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Contoh penerapan ukhwah Islamiah.

Saya suka untuk membawakan contoh sirah nabawiyah yang terselit seribu pengajaran buat kita bermuhasabah diri. Antara nilai ukhwah yang diterapkan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabat baginda dapat kita lihat sewaktu peristiwa Hijrah ke Madinah. Rasulullah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar, antara Aus dan Khazraj. Saat itu Rasulullah menggenggamkan tangan dua orang, seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Ansar. Baginda berkata pada mereka, “Bersaudaralah kamu kerana Allah.”


Maka Rasulullah mempersaudarakan antara Sa’ad bin Rabi’ dan Abdurrahman bin Auf. Saat itu, Sa’ad langsung menawarkan setengah hartanya kepada Abdurrahman, memberikan salah satu dari dua rumahnya. Bahkan dia turut menceraikan salah seorang isterinya supaya boleh dinikahi oleh Abdurrahman.


Kemuliaan keimanan kaum Ansar ini disambut kaum Muhajirin dengan keimanan pula, sehingga Abdurrahman bin Auf berkata, “Biarkanlah harta, rumah, dan isterimu bersamamu. Tunjukkanlah aku pasar.” Maka Abdurrahman meminjam wang dari Sa’ad, sehingga Allah membukakan pintu-pintu rezeki baginya, sehingga Abdurrahman bin Auf menjadi salah satu sahabat Nabi yang sangat kaya.



Realiti ukhwah pada hari ini.

Saya tidak nafikan masih lagi wujud ukhwah kerana Allah pada zaman moden dan kontemporari ini, tetapi berapa ramai yang boleh membuktikannya? Adakah ukhwah hanya sekadar meniti di bibir, wujud apabila kita dalam keadaan senang semata-mata? Cuba kita perhatikan sebentar sahabat di sekeliling kita. Masih adakah sahabat yang boleh membimbing kita menuju keredhaan Allah? Masih adakah sahabat yang setia bersama tanpa mengira susah dan senang?


Sering kali kita terdengar kisah seorang sahabat yang sanggup memutuskan ikatan persahabatan yang terbina lantaran cemburu dan dengki antara satu sama lain. Tidak kurang pula yang berkawan semata-mata pangkat dan harta. Persahabatan yang terbina bukan atas dasar kasih sayang dan iman tidak akan berkekalan. Malah hati akan rasa sakit dikhianati sahabat sendiri.

Ayuh kawan, kita perkukuhkan nilai persahabatan kita. Kita bina ukhwah atas dasar IMAN. Ketaqwaan kita kepada Allah akan memelihara kita daripada berpecah belah.


Pada hari itu sahabat-sahabat karib; setengah akan menjadi musuh kepada setengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). (Az-Zukhruf: 67)


Sayangilah sahabat di sekililing kita dan hargailah mereka.


“Apabila semua dihubungkan dengan keIMANan, maka ia akan menghasilkan sesuatu yang LUAR BIASA”