Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu. (imam Syafie 767-820m)
Friday, March 5, 2010
Izinkan aku menjadi suaramu...
penulis dapat cerita ni melalui email. copy paste 100%. hayatilah kisah ni..ambilkan pedoman. hargailah apa yang kita ada dan banyak2kan bersyukur pada-Nya atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....
cerita bermula.....
Malam itu, sungai Nil menjadi saksi cinta Farhan dan Balqis. Perasaan cinta Farhan tak dapat dibendung lagi. Esok mereka akan pulang ke tanah air masing-masing sebagai graduan Universiti Al-Azhar dan Farhan tak mahu kehilangan peluang keemasan itu. Dia menyatakan hasratnya untuk masuk meminang Balqis sejurus selepas balik dari bumi mesir ini. Senyuman Balqis cukup untuk Farhan sebagai jawapan dan mahar kepada tepak sirih yang bakal dihantar pihak lelaki nanti. Bagi Balqis, dia juga tidak mahu jika satu hari nanti dia dijodohkan dengan orang yang tidak sefikrah dengannya. Perjuangan dalam jemaah Islam disana tampak hebat sebagai pembantu utama Farhan selaku ketua.
Entah mengapa malam itu terasa singkat sekali, fajar sidiq mula menampakkan diri dan selesai solat subuh, mereka berangkat pulang. Kelihatan beberapa mahasiswa dan mahasiswi merenung keluar dari kapal terbang bagi melihat kali terakhir bumi yang banyak mengajar mereka menyintai Allah.
*** *** ***
Kenapa perlu ada pertemuan jika perlu ada perpisahan. Kerana perpisahan mengajar kita erti rindu, mengajar kita untuk menghargai seseorang dan perpisahan menambahkan lagi rasa sayang sesame manusia. Sudah hampir sembilan bulan mereka diikat dengan tali pertunangan. Farhan mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
keperingkat master di Jordan. Manakala Balqis pula sedang berusaha menyiapkan diploma perguruannya di UPSI. Kerinduan yang melanda sejak lima bulan berlalu hanya terubat dengan surat yang diterima saban bulan. Dalam surat yang saban bulan dikirimkan mereka, tak putus-putus mereka menyatakan rasa cinta mereka dan rasa rindu yang sering menyelimuti malam hari. Mereka juga saling memperingatkan bahawa tiada yang lebih layak dicintai selain Allah dan RasulNya..
Bulan November menyaksikan bulan yang paling dramatis buat mereka. Balqis diserang demam panas yang melampau. Hampir seminggu dia telantar dihospital. Akibat dari demam panas yang berlarutan, dia diuji dengan kehilangan nikmat bercakap. Balqis disahkan bisu.. Air matanya sering mengalir mengenangkan nasibnya dan nasib cintanya. Atas rasa tanggungjawab, balqis menyuruh kedua orang tuanya memutuskan tali pertunangannya dengan Farhan. Memang berat untuk dia merelakan teman sehebat Farhan dalam hidupnya, namun dia terpaksa demi kebaikan Farhan. Balqis malu, dan dia akhirnya membawa diri ke daerah luar Bandar. Setelah hampir setahun belajar bahasa isyarat, dia memulakan kehidupan barunya sebagai guru kafa bagi kanak-kanak bisu dan pekak. Baginya ilmu agama ini perlu disampaikan walau dengan apa cara sekalipun. Lama-kelamaan di merasa bahawa mungkin inilah hikmahnya dia dicabut nikmat untuk bertutur.
Farhan pula hampir tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya melalui telefon, namunsetelah menerima warkah terakhir dari Balqis dia akhirnya akur. Tak sempat dia menjelaskan segala-galanya pada Balqis apabila dia gagal untuk menjejaki kedudukan Balqis sekarang.
*** *** ***
Kehidupan Balqis bertambah baik saban bulan. Namun dia gagal menyembunyikan rasa rindunya terhadap insan yang selalu ada didalam hatinya. Di setiap solat, dia berdoa agar dia akhirnya dapat mengatasi masaalah itu. Dia tahu dirinya tidak layak lagi untuk dicintai. Hari ini sudah genap dua tahun dari sejak keberangkatan Farhan ke Jordan. Mungkin Farhan sudah bergelar pensyarah di salah sebuah IPTA sekitar Malaysia ini. Gumam hati Balqis. Itulah cita-cita Farhan selama ini dan menjadi harapan Balqis seketika dahulu. Dia baru saja selesai solat dhuha, kawan serumahnya yang juga kawannya semasa di mesir lagi bergegas masuk kedalam rumah. Dia membawa sampul surat bewarna merah. Wangi baunya. Seakan-akan kad jemputan kahwin.
“Dari Farhan.” Mata Balqis membulat dan mula menakung air.
Hatinya dipujuk agar menerima takdir tuhan. Dia pasrah dengan keputusan Farhan. Dia juga merelakan perkahwinan itu. Dia tahu, Farhan layak untuk menyintai dan dicintai. Perlahan dia membuka sampul surat itu. Hatinya sekali lagi terasa ditampar apabila dia terlihat tulisan “Farhan & Balqis” pada pangkal kad jemputan kahwin tersebut.
Belum sempat dia melakukan apa-apa, dedaun pintu rumahnya dikuak. Buat kali pertama dalam dua tahun ini Balqis dapat menatap wajah tampan Farhan. Dalam bahasa isyarat Farhan berkata. “Kita tidak perlu seseorang yang sempurna untuk menjadi teman hidup, tapi kita perlu seorang teman yang buat yang membuatkan kita rasa sempurna apabila kita bersamanya. Hampir setahun lamanya saya belajar bahasa ini hanya untuk menyatakan, izinkan aku menjadi suaramu.” Airmata Balqis masih mengalir namun bibirnya sudah mula mengukir senyuman dan hatinya sedar akan cinta yang Allah cipta untuk hambanya terlalu agung.
Hargai setiap apa yang kita miliki agar kita tidak menangisi atas kehilangannya
Thursday, March 4, 2010
PESANAN TERAKHIR dari SAYYID QUTB
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan..
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagiakanlah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun disana fajar sedang memancar
(ditulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID)
Thursday, February 18, 2010
Perindu Pelangi
Monday, February 15, 2010
salam muhasabah...
“Ya Allah, dengan ilmu-Mu yang bila Engkau ketahui bahawa kehidupan lebih baik bagiku. Dan matikanlah aku jika kematian leih baik bagiku. Aku meminta-Mu supaya jadikan aku selalu takut pada-Mu sama ada ketika aku bersendirian ataupun dalam keramaian. Aku memohon-Mu ucapan yang benar sama ada ketika marah ataupun tidak. Aku meminta pada-Mu agar aku dapat berhemah ketika aku kaya atau miskin. Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan yang tiada henti, biji mata yang tiada terputus, dan keredhaan setelah ketetapan. Ya Allah, berilah aku kehidupan yang damai setelah mati, kelazatan apabila memandang wajah-Mu, dan kerinduan berjumpa dengan-Mu, bukan dalam kesempitan yang membinasakan, dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah aku dengan hiasan iman dan jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk yang mendapat petunjuk.”
(hadis oleh Nasa’i)
Thursday, February 11, 2010
khas buat qamar muneera
Sahabat,
Rindunya hati ini ingin bertemu mu,
Menatap wajah tulus suci yang lahir dari jiwamu,
Melambangkan indahnya akhlakmu,
Mendengar celoteh dan nasihat yang tak henti-henti,
Terkumat-kamit keluar dari bibirmu.
Sahabat,
Kini kau jauh di mata,
Mengorak langkah menggapai cita-cita,
Kadang-kadang aku tertanya,
Bilakah titik pertemuan kita??
Sehingga masa terlalu mencemburui persahabatan kita,
Tanpa kita sedar saat perpisahan datang tiba-tiba.
Sahabat,
Banyak ilmu yang kau curahkan kepadaku,
Tiap gerak-geri dan tutur katamu,
Menambat dan menyentuh hatiku,
Aku rindu saat manis berjuang bersamamu,
Berkongsi cerita, pendapat,suka duka, tawa gembira,
Bermain-main dalam khayalan minda,
Aku tak kan lupa kenangan kita.
Sahabat,
Ketika kau bersenda gurau,
Membisikkan kata perpisahan,
Tersentap hatiku,
Mengalir air mata ini tanpa sempat diseka,
Kini aku hanya mampu titipkan sekudus doa,
Semoga kau bahagia walau di mana jua,
Aku benar-benar terasa kehilanganmu,
Engkaulah sahabatku dunia akhirat,
Biarlah bertemu dan berpisah kita kerana-Nya..
Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami keranaMu,
Kurniakanlah juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka
dalam mencari keredhaanMu dan bantulah kami untuk bersama mentaatiMu.
p/s: salam rindu yang teramat rindu buat sahabatku siti munirah bt abd rasyid.
Moga ukhwah yang terjalin sentiasa dalam peliharaan Allah.....ameen ya Rabb
Maksiatillah....
Baru-baru ni, penulis ada mengikuti satu talk..tapi sekejap ja duduk dalam majlis ilmu tu sebab ada kelas sebelum tu. Dalam talk tu, penulis diberi satu artikel yang bertajuk, ’Buat sahabatku..Penghafal al-Quran’. Penulis tertarik satu perenggan ayat ni,
”Imam syafie Rahimullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ rahimullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya suatu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA MAKSIAT dan MEMBERSIHKAN HATINYA dari semua perkara yang dari tuhannya”.
Maksiat??? Bila sebut maksiat, mesti terlintas dalam fikiran kita kes zina dan khalwat. Kalau begitu pemikiran kita yang berlatar belakang agama, insyaAllah kita akan mengelakkan melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi agama. Tapi tidak terfikirkah kita, maksiat ni tersangat luas skopnya dan kita sering meremehkan hal ini. Penulis pernah tanya seorang sahabat, apakah maksud maksiat? Kerana dunia sekarang makin canggih dan macam2 perkara yang kita lakukan tanpa kita sedar yang kita sedang melakukan maksiat kepada Allah. Bak kata orang, duduk seorang pun boleh melakukan maksiat, apatah lagi ditengah kekalutan orang ramai dan budaya.
Sebenarnya maksiat atau derhaka dalam Islam ialah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan melanggar perintahNya. Apakah perbuatan melanggar perintah Allah? Allah perintahkan solat, jika kita tidak melakukan solat bererti kita telah melanggar perintahnya. Itulah maksiat. Begitu juga Allah perintahkan puasa, jika kita tidak mahu berpuasa, kita telah melakukan maksiat. Allah juga menyuruh kita mengeluarkan zakat, jika kita tidak mahu mengeluarkannya bererti kita telah melakukan maksiat.
Akibat melakukan maksiat.
Ada beberapa akibat melakukan maksiat menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah antaranya,
Maksiat membuat kita jauh dari Allah.
Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, “Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu. Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa.”
Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan setan. Allah berfirman, “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Hasyir: 19)
Maksiat menghalang diri kita dari sikap istiqamah.
Kita hidup di dunia ini sebenarnya bagaikan seorang pedagang. Dan pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga tinggi. Sahabatkuku, siapakah yang sanggup membeli diri kita dengan harga tinggi selain Allah? Allah-lah yang mampu membeli diri kita dengan bayaran kehidupan syurga yang abadi. Jika seseorang menjual dirinya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, sungguh ia telah tertipu!
Banyak lagi kesan melakukan maksiat antaranya, Maksiat akan menghalangi diri kita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, Maksiat menghalangi kita untuk taat, Maksiat mematikan bisikan hati nurani, dan Maksiat melenyapkan rasa malu.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina dina ini, peringatan juga untuk sahabat-sahabat yang dikasihi. Semoga Allah menjaga kita semua dari perbuatan maksiat dan mengampunkan dosa-dosa kita. Ameen.
“Apabila seorang hamba itu melakukan dosa, maka akan ada satu titik hitam di dalam hatinya. Apabila dirinya meninggalkan dosa itu, beristigfar dan bertaubat, maka hatinya akan dibersihkan kembali. Jika dia kembali melakukan dosa, akan ada titik hitam dalam hatinya. Sehinggalah titik hitam itu meliputi seluruh hatinya”
( HR Imam Al-Tirmizi).
wallahu a’lam.
Tuesday, February 9, 2010
Semangat baru
Dalam diri tertanya2, mampukah aku nak update blog ni selalu??? Dah la tak berapa pandai menulis... rupanya soalan tu benar2 terjadi. Memang tersangat lamanya blog ni bersawang. Tapi Alhamdulillah, suatu hari sambil2 baca blog sahabat2 ex-smkay dlu, terdetik dalam hati...setiap orang mampu berdakwah tapi bergantung pada individu..mungkin ini salah satu wasilah tuk penulis berdakwah. Penulis agak pendiam dan agak susah nak mesra dengan orang...take time sikit. Bukan beerti penulis sombong...=) so, mungkin ini (menulis blog) adalah jalan yang terbaik. Semangat tuk update blog makin membara dan penulis berharap sangat dapat istiqamah berdakwah melalui alam maya ni.
Kepada sahabat2 juga, terutamanya yang banyak memberi sokongan selama ni...semoga thabat dalam perjuangan. Jalan dakwah ni, memang payah, perit tapi ingat lah syurga itu manis..insyaAllah.

