Sunday, December 23, 2012

Angin lebih kuat daripada apa???



Assalamualaikum..

Baru-baru ni, selepas iftar dengan 2 orang sahabat, kami terus pergi solat isya’ di masjid. Sampai di masjid, rupanya ada tazkirah sementara tunggu isya’. Yang menariknya, ustaz ada bagi teka-teki, siap ada ganjaran lagi. Siapa yang boleh jawab, ustaz akan bag1 RM100. Teka –teki itu berbunyi macam ni, api lebih kuat daripada apa? Jawapannya air. Air lebih kuat daripada apa? Jawapannya angin. Angin lebih kuat daripada apa??? Jawapannya…..ustaz tidak bagi jawapan. Dia suruh teka. Ada yang meneka kilat, ribut dan macam-macam lagi. Tetapi ramai yang tidak tahu jawapan. Selepas itu, ustaz suruh balik cari, ada dalam hadis ustaz kata. Ustaz cakap, bagitahu jawapan miggu depan. Tapi ganjaran dia RM5 sahaja.hehe.

Alkisahnya…
Saya pun balik dan cuba cari dekat google tapi tidak jumpa. Saya pun memikir, susah sangat ke jawapan dia sampai ustaz berani nak bagi RM100. Rupa-rupanya selepas saya jumpa jawapan di FB, memang saya mengaku agak susah nak fikir jawapan itu tanpa ada ilmu. Kalau nak tahu, jawapan ada dibawah ni. Moga bermanfaat…



Kehebatan Doa Mengubah Takdir.....

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT :

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat......
"Lalu, bagaimana
Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.......
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah............

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.....

(Sumber: Hadis Kudsi)

Friday, December 21, 2012

Berdoalah...Allah Maha Mendengar..


Assalamualaikum.........

Sangat2 terkesan post2 di bawah... Moga Allah redha..

Apabila Allah beri hidayah kepada kita utk berdoa lagi berharga dari makbulnya doa yang kita minta. Tak mungkin ALLAH ilhamkan kita berdoa jika Allah tidak makbulkan doa itu. Doa diperkenankan semasa kita berusaha bukan semasa kita meminta  (ustaz Pahrol)


Boleh meminta orang lain doakan kita tapi kita lupakan diri sendiri. Jangan fikir hanya minta orang doakan kita tapi kita harus doakan orang lain tanpa sahabat itu tahu- (ustaz Pahrol)


Saat paling hampir dgn Allah ialah solat dan paling hampir ketika sujud. JIka ada masalah berdoa pada Allah. JIKa tidak jaga solat, aurat dan pergaulan bagaimana mungkin nak berdoa dgn Allah jika dalam kemungkaran. Jom audit diri. Hentikan mengepos masaalah pada orang untuk menyelesaikan masaalah kita. lagi banyak minta pada orang lagi kurang yakin dan bergantung pada Allah. Detailkan doa kita. Manusia bosan dgn permintaan yg panjang tetapi Allah paling suka lagi panjang permintaan hambaNya. (Prof Muhaya)


Selawat ke atas baginda =) Allahummasolli a’la Muhammad..

Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga

BACA DENGAN MATA HATI. MOGA ALLAH REDHA…..

BAITUL MUSLIM 

SIAPA IKON KITA???
Uswah hasanah
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
(al-Ahzab 21)


JADILAH ORANG YANG BERTAKWA…
Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar2 takwa
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. 
(ali-Imran, 102)


MUSLIM DARI SEMUA SUDUT (FOKUS KELUARGA)
1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.
2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.
3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.
4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.
5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.
6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.


TANGGUNGJAWAB KITA APA??????
-menegakkan Islam dan menyampaikan Islam kepada masyarakat
Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya sebuah rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya, anak-anak saya, seterusnya kepada kaum kerabat saya yang dekat dan inilah cara yang dilakukan oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya.

Firman Allah:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)
Selingan..=)


TANGGUNGJAWAB SEBELUM BERUMAH-TANGGA.


1. Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain"
   (Surah Ali- Imran 3: Ayat 34)


2. Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya".
                     
 (Hadis riwayat Al-Tirmizi).

Dan sabdanya lagi yang bermaksud:

"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain".
  
  (Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)



3. Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: Keturunan itu menjadi desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain disebut: "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekupu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekupu.

   (Hadith riwayat Ibn Majah dan Abu Mansur ad-Dailami dalam Musnad al-firdaus)



4. Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana bole jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama".

 (Hadis riwayat Ibnu Majah)



5. Saya mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana mengingati amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya".

(Hadith riwayat Abu Nuaim)


sumber: maza yakni (fathi yakan)