Tuesday, June 14, 2011

hati yang gelisah.

assalamualaikum...

hati ni rasa x tenang..
perlukan sentuhan tarbiyah, nasihat dari kwan2...
cuti yang panjang hampir2 membunuh diri...
leka dgn dunia..jauh dari nikmat ibadah...

Ya Allah,
aku xsanggup lagi lalui semua ni,
rasa diri terpenjara oleh tingkah laku sendiri,
bantulah aku keluar dari kepompong ni....
lemas.....
rimas....

shbat,
bagilah sedikit nasihat...
agar diri ni kembali ke jalanNya..
mencari cahaya penyuluh jiwa.....

Monday, June 13, 2011

KENAPA AKU???


ASSALAMUALAIKUM.....
entry kali ni saya ambik dari buku panduan KBI 2011. semoga bermanfaat tuk semua. renung2kan...

KENAPA AKU??

Soalan-soalan anda yang TELAH DIJAWAB oleh Allah dalam Al-quran.

KENAPA AKU SERING DIUJI??
Firman Allah yang bermaksud : “apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : “ kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang orang sebelum mereka, maka Allah maha mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui yang siapakah orang dusta.”
(surah al-ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?
Firman Allah yang bermaksud: “ boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah amt mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(surah al-Baqarah :216)

KENAPA AKU DIUJI DENGAN UJIAN SEBERAT INI?
Firman Allah bermaksud : “ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (surah al-Baqarah : 286)

BAGAIMANA NAK KU HADAPI UJIAN INI?
Firman Allah yang bermaksud: “dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan yang sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kushuk.” (surah al-baqarah :45)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Firman Allah yang bermaksud: “ sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenagan yang besar.” (surah at-taubah : 111)

Monday, June 6, 2011

KBI AYER HITAM 2011

Assalamualaikum..wbt.

maaf sahabat2, lama x update blog ni.. cuti yang panjang + xda internet kat umah, menyebabkan blog ni bersawang.huhu

ok.straight to the point..baru2 ni saya ad ikut program KBI (kem bina insan) di sek men agama nur islam, air hitam anjuran kerajaan negeri kedah bhgian pembangunan insan. kem ni tuk adik2 dari form 1-3. kem ni sangat2 terbaik tuk adik2 kita mengisi cuti sekolah dgn perkara yg berfaedah. pelbagai perkara diajar dalam kem ni..seperti cara solat,berwudhuk dengan btui..juga ditekankan konsep hormat ibubapa guru-guru dan sahabat2. bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. saya sangat memuji usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri tuk mengislah kan rakyat xkira peringkat umur. alhamdulillah...

selain itu, ad juga kem anak soleh (KAS) tuk adik2 umur 11-12 tahun, kem bina sahsiah (KBS) tuk adik2 form 4-5. insyaAllah bakal berlangsung kem belia tuk lepasan spm dan belia di negeri kedah....

jom sama2 ajak adik2 kita join program ni..insyaAllah akan diadakan sepanjang cuti sekolah..akan dtng cuti bulan 11 nnt...


p/s: ingat nak upload gmbar tapi lmbat pulak..len kali ye..insyaAllah..